Saturday 7 September 2013

Posted by jinson on 21:01 No comments


Strategi Simpan Duit Untuk Pendidikan Anak


.


Baru-baru ni lepas sambutan Hari Merdeka, kita semua telah dikejutkan dengan kenaikan harga minyak petrol. Ramai merungut tak puas hati. Kalau ikut situasi di Malaysia ni, orang merungut lebih2 pun kat kedai kopi, tak pun suami membebel dalam kereta pada isteri. Tak ada apa yang boleh diubah pun. Suka tak suka, kita terpaksa terima harga minyak naik. Kena ingat, setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, bermakna banyak lagi barang lain akan terjejas akibat kos meningkat. Jadi, secara tidak langsung mungkin akan berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan. 


Yang Cik Putih nak cerita ni sebenarnya adalah pasal simpanan untuk pendidikan anak-anak. Kos belajar tahun 2013 tak sama dengan kos 10-20 tahun akan datang. Sebab apa? kadar inflasi yang menyebabkan duit kita susut nilai. Kalau nak anak kita terjamin masa depan pendidikan yang sempurna, kita kena bersedia dengan simpanan sendiri. Kalau boleh, tak payah haraplah duit pinjaman tu, melainkan kalau memang dah terdesak. Tapi, ibu-bapa generasi baru ni kita patut dah lebih bijak dalam mengurus kewangan termasuk tabungan untuk pendidikan anak kita.

0 comments:

Post a Comment