Sunday 1 September 2013

Posted by jinson on 01:15 No comments
Hari minggu ni kitorang duduk tumah jer. Tak keluar ke mana pun. Tengok anak lelaki Cik Putih, Naqib dari pagi syok main jer. Kejap main pistol, kejap main kereta mainan, lepas tu main tablet. Dari pagi asyik main sampai nak suruh makan pun susah. Adik dia, Izyan pun boleh tahan gak. Dah petang CikPutih pun panggil Abang Naqib suruh baca Iqra'. Dia taknak, sibuk nak main tablet je. Cik Putih berkeras sikit baru dia stop, ambil buku Iqra' suruh dia baca. Tapi dia baca main-main. Cik Putih cuba pujuk baik-baik, makin menjadi lak dia punya perangai. Suruh baca surah-surah yang dia pernah hafal pun tak boleh baca sampai habis. Tak jalan cakap lembut, Cik Putih pun marah dia sekali. Kuat jugak la suara kan nak kasi dia takut sampai dia nangis. Sambil nangis tu boleh pulak baca dengan betul sampai habis.

Macam-macam dugaan nak mengajar anak ni. Kadang-kadang boleh buat hilang sabar..hehehe. Lepas habis Iqra', sambung sikit baca buku ejaan, sampai Naqib dah mengantuk sangat baru suruh dia stop. Dia cakap nak tidr, Cik Putih biarkan dia tidur depan TV. Sejam lepas tu dia mengingau sambil mengeja perkataan yang dia belajar sebelum tidur tadi. Kesian jugak Cik Putih tengok dia.

Anak-anak ni, memang la suka bermain. Masa bermain tu la diorang banyak belajar sebenarnya kan. Tapi, kalau dah terlebih-lebih duk main jer tak boleh jugak. Nak buat yang terbaik seperti ibu-bapa lain yang berdisiplin dan konsisten mengajar anak-anak bukannya mudah. InsyaAllah Cik Putih cuba perbaiki dari masa ke masa.

Pendidikan Melalui Teladan Bukan Paksaan

Sebenarnya anak kita terpengaruh dengan persekitaran. Faktor persekitaran lebih besar dan memainkan peranan penting dalam erkembangan anak-anak. Melalui persekitaran, mereka mendapat ilmu dan belajar secara semulajadi. Kalau anak-anak selalu tengok ibu-bapa membaca, mesti dia pun suka membaca. Kalau dah ibu sibuk memasak dan kemas rumah, ayah duduk main facebook sepanjang hari, anak-anak nak buat apa? main  la kan.

Kita memang tak boleh nak marah sangat anak-anak. Anak sekarang bukan macam dulu. Cuba dengar kisah atok nenek kita dulu macam mana mak bapak diorang ajar. mesti tak lari cerita kene rotan kalau malas belajar. Tapi kalau anak kecik 3-4 tahun, takkam kita nak rotan kalau diorang taknak belajar. Marah sikit-sikit boleh la sebab nak push diorang. Tapi jangan selalu. Biasanya bila selalu kena marah, lama-lama anak dah tak takut sangat sebab dah biasa.

0 comments:

Post a Comment