Friday 6 September 2013

Posted by jinson on 18:37 No comments
Tak semua ibu-bapa ada ank yang sangat rajin baca buku, suka belajar. Rasanya, kebanykan anak kita awal-awal jer suka buka buku, bila dah tau sikit-sikit ABC, dah boleh baca sikit mereka makin susah nak focus. Pada peringkat ni mereka lebih suka bermain je kan. Mungkin puncanya, awal-awal kita push anak kita suruh baca. So, diorang rasa buku buka suatu yang menghiburkan. Sedangkan minda anak kita yang kecil ni mereka tak tahu belajar, tapi faham permainan atau hiburan. Jadi, kita sebagai ibu-bapa kena pandai memainkan peranan supaya membimbing anak kecil kita minat membaca dengan pendekatan yang terbaik untuk mereka.
Salah satu cara yang biasa kita gunakan ialah menggunakan flashcard. Tapi camna kalau tak nak guna flashcard? Sini, Cik Putih nak share sikit tips memupuk minat membaca kanak-kanak tanpa flashcard.
1.Anda baca untuk anak.
2.Main rhyming games.
3.Nyanyi alphabet song dengan mereka.
4.Letak label nama anak pada barangan mereka sejak dari kecil. Contoh, cawan, pinggan, bantal dll..
5.Bawa mereka ke perpustakaan.
6.cari buku non-fiction .
7.Bercerita.
8.Sediakan buku di banyak tempat di rumah. Biar anak pergi mana, ada buku
9.Katakan anak anda sudah pandai sebut dan kenal bola, anda ajar dia 'B' bola.
10.Sediakan buku-buku yang menarik untuk anak, jangan buku ABC semata-mata
11.Langgan majalah
12.Permainan ABC
13.Nyanyi lagu Alphabet dalam kereta
14.Baca surat bersama-sama.
15.Sediakan ruang membaca.
16.Permainan bahan bantu belajar kanak-kanak.
17.Buat kraf bentuk huruf
18.Atur permainan yang melibatkan bacaan atau buku .
19.Bantu anak anda mencari dan mengenal huruf disekeliling persekitaran
20.Setiap bahan bacaan kanak-kanak ada kaedah pembelajaran tertentu. Nak lebih efektif, anda sendiri kena faham kaedah pembelajaran buku tersebut.
21.bawa ank anda pergi kedai buku atau perpustakkan, suruh dia pilih sendiri buka yang dia suka.
22.Anak anda bawa bekal makanan ke sekolah? Letak nota dalam bekas tersebut
23.Belajar ketika waktu mandi.
24.Buat buku sendiri .
25.Main permainan cari benda berdasarkan huruf. Contohnya huruf B, baju, bola, buku.
26.Bagi anak buku sebagai hadiah.
27.buat lagu bersama anak
28.Baca buku gambar.
29.Main aktiviti perpustakaan. Ajar anak anda seolah-olah seorang ahli perpustakaan dan pengawas perpustakaan.
30.Selepas baca buku, ajak anak anda menonton tv bersama
31.Permainan huruf
32.Cari buka bergambar tanpa cerita, reka cerita bersama anak
33Tunjuk contoh pada anak yang anda seronok membaca
34.Baca cerita dongeng kanak-kanak yang popular.
35.Potong kertas berwarna berbentuk huruf.
36.Permainan mendengar
37.Ulang semula cerita, dan suruh anak anda juga ulang semula cerita yang telah dibaca atau anda bacakan
38.Anda bacakan buku, kemudian tanyakan soalan pada anak
39.Baca buku ketika waktu makan tengahari .
40.Keluar balik kampun atau mana-mana sahaja, pastikan sentiasa bawa buku dalam perjalanan
41.Reka huruf-huruf kotak anda sendiri
42.Main tekasilangkata.
43.Play sight word games.
44.Download apps untuk pembelajaran kanak-kanak, supaya anak anda sentiasa ada bahan belajar walau dimana saja
45.Baca komik bersama mereka
46.Bercakap dengan anak guna bahasa yang betul. Bukan bahasa loghat kanak-kanak.
47.Bacakan puisi
48.Semasa belajar huruf, galakkan anak anda supaya bergerak. Jangan baca ABC, tapi badan kaku ker.
49.Kenalpasti buku yang paling dia suka, kerapkan membaca buku tersebut
50.Amalkan membaca buku sebelum tidur sebagai rutin harian sejak dari kecil.

0 comments:

Post a Comment